Pepatah arab mengatakan :
"Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya"
Sebab tuh kuasa cinta ini boleh menukarkan sedih menjadi bahagia, marah menjadi reda, suka menjadi sayang dan ada juga gembira menjadi derita.. Tuh NORMAL ! berdasarkan pepatah tuh juga, kuasa cinta memang besar pengaruhnya, bukan pada diri mungkin juga persekitaran atau orang terdekat.
Aku? mungkin pernah terlibat dengan semua tu, seketika jadi hamba cinta yang tak halal. Seronok memang seronok tapi ada juga rasa sakitnya. Aku bersyukur sebab lama aku sedar cinta yang tak halal ni entah sampai ke tidak pengakhiran yg baik tuh, dan aku bersyukur sebab dah putuskan sebelum aku rasa betul2 terpengaruh dgn cinta tu,, Dan aku jadikan semua berlaku tuh satu pengajaran dan takkan aku ulangi lagi. Kalau ingat balik semua tu, rasa bodoh yang amat. Tapi bersangka baik dengan Allah. Semua ade hikmah bahkan ajar aku lebih hati2 dan pilih jalan hanya menuju pada DIA.
Setelah itu, aku dah buka mata tentang cintan cintun ni.. Hanya perhati kawan2 sekeliling sahaja. Ada kawan terluka, mungkin dah putus lepas tu. tup tup terima balik, terlalu lembutnya hati kau sahabat. Entahlah aku pown tak reti nak cakap cuma dari jauh aku harap dia lebih berfikiran matang dan keraskan hati. Dan ada juga sahabat yang sikit lagi gapai kebahagiaan tapi tidak kesampaian. Mungkin semua tertulis dan dirancang baik oleh Allah. Cuma kita sahaja tak mengetahuinya.
Itu semua bagaikan ujian daripadaNya, apa kita boleh buat adalah bersangka baik dan percayalah Allah tu tak kejam biarkan sakit berterusan. Pasti ada kesudahan yang baik. Dan yang paling penting sekali adalah jangan pernah sekali kali lupa kita ada Allah, ibu bapa, keluarga, dan sahabat. Bila kita terpaksa melepaskan sesuatu, jangan pernah lupa apa kita sedia ada.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
( Surah Al Baqarah ayat 216 )
Kadang2 apa yang kita lalui itu, buat kita terkenang terindu rindu masa dahulu. Kita tidak dapat menipu diri kita sendiri sebenarnya, kita mungkin boleh kuat dan kental untuk teruskan perjalanan kita. Tapi kesakitan itu tetap ada. Ini BETUL, tapi hati ini milik Allah.. Allah aturkan segalanya, Allah mencipta kita dan hati kita. Jadi kuatlah keranaNya, kamu bersedih hari ini kerana manusia Allah sendiri ciptakan. Jadi jom bangkit dan kuat kerana Allah. Keraskan hati kita dan lupakan segalanya. Ibu Bapa, keluarga dan sahabat2, adakah kita sudah berikan terbaik buat mereka??
Aku seorang manusia yang hanya tahu bercakap sebab aku tak alami semua tu. Tapi bagi aku, apa yang menyakitkan itulah aku tinggalkan. Susah jugak sebenarnya ada hati keras cm aku tapi at least aku terus tabah hati dan takmo ingat kesakitan yg aku alami walaupown tak sedahsyat korang tapi korang boleh ! Percayalah pada diri.. percayalah pada Allah.. Kesakitan tu sikit jer berbanding apa kebahagiaan kita kecapi dalam hidup ni.. Tuh Ujian Allah, maka kita berserah dan tawakallah kepadaNya.
Sekarang, apa berlaku anggaplah satu ujian, satu takdir , satu liku dalam hidup sementara ni, Banyak lagi perkara kita kena usahakan akan datang. Kebahagiaan tuh akan tiba, Allah sebaik2 perancang. Jadikan kisah dulu satu pengajaran dan kesakitan itu kekuatan untuk melangkah jadi lebih baik. Aamiin
No comments:
Post a Comment