Tetaip

Ceciter (5) iMasak (4) Islamik (2) Myself (2) Resepi (2) Activities (1) DiriGua (1) IT (1) Luahan (1) Sahabat (1) Throwback (1) iJahit (1)

Friday, 9 October 2015

Kesakitan itu Kekuatan ?

Bercakap soal CINTA , bagi mereka yang pernah alami mesti tahu keseronokkan bercinta atau dicintai. Dan mungkin ada yang merasai kesakitan kesengsaraan dalam percintaan..

Pepatah arab mengatakan :
"Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya"

Sebab tuh kuasa cinta ini boleh menukarkan sedih menjadi bahagia, marah menjadi reda, suka menjadi sayang dan ada juga gembira menjadi derita.. Tuh NORMAL ! berdasarkan pepatah tuh juga, kuasa cinta memang besar pengaruhnya, bukan pada diri mungkin juga persekitaran atau orang terdekat.

Aku? mungkin pernah terlibat dengan semua tu, seketika jadi hamba cinta yang tak halal. Seronok memang seronok tapi ada juga rasa sakitnya. Aku bersyukur sebab lama aku sedar cinta yang tak halal ni entah sampai ke tidak pengakhiran yg baik tuh, dan aku bersyukur sebab dah putuskan sebelum aku rasa betul2 terpengaruh dgn cinta tu,, Dan aku jadikan semua berlaku tuh satu pengajaran dan takkan aku ulangi lagi. Kalau ingat balik semua tu, rasa bodoh yang amat. Tapi bersangka baik dengan Allah. Semua ade hikmah bahkan ajar aku lebih hati2 dan pilih jalan hanya menuju pada DIA.

Setelah itu, aku dah buka mata tentang cintan cintun ni.. Hanya perhati kawan2 sekeliling sahaja. Ada kawan terluka, mungkin dah putus lepas tu. tup tup terima balik, terlalu lembutnya hati kau sahabat. Entahlah aku pown tak reti nak cakap cuma dari jauh aku harap dia lebih berfikiran matang dan keraskan hati. Dan ada juga sahabat yang sikit lagi gapai kebahagiaan tapi tidak kesampaian. Mungkin semua tertulis dan dirancang baik oleh Allah. Cuma kita sahaja tak mengetahuinya.

Itu semua bagaikan ujian daripadaNya, apa kita boleh buat adalah bersangka baik dan percayalah Allah tu tak kejam biarkan sakit berterusan. Pasti ada kesudahan yang baik. Dan yang paling penting sekali adalah jangan pernah sekali kali lupa kita ada Allah, ibu bapa, keluarga, dan sahabat. Bila kita terpaksa melepaskan sesuatu, jangan pernah lupa apa kita sedia ada.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
 
( Surah Al Baqarah ayat 216 )

Kadang2 apa yang kita lalui itu, buat kita terkenang terindu rindu masa dahulu. Kita tidak dapat menipu diri kita sendiri sebenarnya, kita mungkin boleh kuat dan kental untuk teruskan perjalanan kita. Tapi kesakitan itu tetap ada. Ini BETUL, tapi hati ini milik Allah.. Allah aturkan segalanya, Allah mencipta kita dan hati kita. Jadi kuatlah keranaNya, kamu bersedih hari ini kerana manusia Allah sendiri ciptakan. Jadi jom bangkit dan kuat kerana Allah. Keraskan hati kita dan lupakan segalanya. Ibu Bapa, keluarga dan sahabat2, adakah kita sudah berikan terbaik buat mereka??

Aku seorang manusia yang hanya tahu bercakap sebab aku tak alami semua tu. Tapi bagi aku, apa yang menyakitkan itulah aku tinggalkan. Susah jugak sebenarnya ada hati keras cm aku tapi at least aku terus tabah hati dan takmo ingat kesakitan yg aku alami walaupown tak sedahsyat korang tapi korang boleh ! Percayalah pada diri.. percayalah pada Allah.. Kesakitan tu sikit jer berbanding apa kebahagiaan kita kecapi dalam hidup ni.. Tuh Ujian Allah, maka kita berserah dan tawakallah kepadaNya.

Sekarang, apa berlaku anggaplah satu ujian, satu takdir , satu liku dalam hidup sementara ni, Banyak lagi perkara kita kena usahakan akan datang. Kebahagiaan tuh akan tiba, Allah sebaik2 perancang. Jadikan kisah dulu satu pengajaran dan kesakitan itu kekuatan untuk melangkah jadi lebih baik. Aamiin






Thursday, 8 October 2015

Upacara batal wudu' / air sembahyang.. HAHAHA

Throwback selasa ritu pergi ceramah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.. Ada satu cerita/isu yang buat aku nak tergelak jugak dan cakap 'haah laah !!!!'.. miahahaha



Dalam adab perkahwinan melayu, semua orang tahu pasal akad nikah dan upacara batal wudu' katanya.. Dalam agama Islam, kita digalakkan menjaga air sembahyang atau wudu' kerana banyak fadilat dan baiknya. Tapi dalam adab pulak ada pulak kita sarankan pergi batal wudu', yang lebih kelakar pengantinnya tak ada wudu' pulak ! HAHAHAHA adehh.. macam2 lahh adab ni kadang2 macam tak wajar sebenarnya..

Adab batal air sembahyang/wudu' caranya pergi ditukar namanya kot. Bagi pendapat aku, adab bersalam dan berdoa lepas akad nikah tu baik jer, selagi tidak bercanggah dengan agama Islam kan. Sebab apa diadakan adab ni adalah kerana untuk menunjukkan bahawa bersalaman buat kali pertama kerana Islam melarang lelaki dan perempuan ajnabi bersentuhan kan. Akan tetapi semakin hari berganti generasi, rasanya adab ni still memberi imej tidak baik sebab namanya. so sebab tu bertukar kot.. hehe



Sebaiknya lepas akad nikah, pengantin molek lah sujud syukur dan solat sunat.. InsyaAllah diberkati rumah tangga dan dipermudahkan segalanya. Dan bersalaman serta beri mas kahwin (mahar). Paling baik berdoa kan..

bila saat itu akan dilalui??? hehe persoalan yang masih tidak tahu jawapannya ~

Wednesday, 7 October 2015

#iJahit Cuba buat instant shawl 2 muka


Trend sekarang semua nak mudah jer.. ayam/kuih frozen lah, food delivery dan termasuklah baju tudung semua nak mudah dan cepat jer. Kadang2 kelakar jugak, pakai instant punye tudung tapi nak bersiap pown lewat jugak..kekekeke

Instant Shawl tersangatlah famous, ade murah ade mahai.. search tenet utube terjumpalah satu toturial buat instant shawl 2 muka.. laaa senang je rupanya.. kalau beli kain just potong, kelim dan jahit. Mungkin bagi aku part kelim tuh susah lah..




Nak beli kain, malas nak kuar tambah lagi xmasyuk.. so untuk first try amik je shawl yang sedia ade kat rumah.. so try la jahit mcm dalam video.. sekejap sudahh siap.. hahaha ukuran dalam video ngak sama dengan kepala aku yg besor.. adjust sikit dah boleh pakai.. nice !! pasni beli kain banyak2 buat instant shawl ni tambah manik/bungaan sikit dah boleh jual.. kekeke tak pown hadiah buat kawan2/family.. nice ! love it ~

2 shawl menjadi instant shawl

sarungkan sahaja.. hehehe 








Monday, 5 October 2015

#iMasak Telor Berlada .. Yummy !

Telor atau Telur ?? haha mana2 aje lahh asal ade bunyi telo tuh... 

Zaman belajaq poli dulu, mmg duduk rumah sewa.. bila duk umah sewa, konfem2 lahh memasak untuk jimat dan diet kononnya.. suka sangat beli telur, pastu member lak bawak lada kering yg dah blend tuh.. So terjadilah telor berlada..

Mula2 membe yang buat telur tuh tapi lain sikit cara, dyer hancurkan telo tuh dulu baru masak.. tapi kite buat lainn sikit, tetiba mcm sedap lak kannn.. selalu buat sampai abis belajar pon nie nak makan jugak.. hehehe yummy .. memang sedap kalau makan dengan roti/lempeng/nasi. Makan panas2 marvelesss gitu !

Telor berlada untuk sarapan pagi..hehe

Telur Berlada 
- ikot suka berapa byk telur , selalu buat at least 3-4 biji
- lada kering yg dikisar
- gula
- garam
- asam keping / air asam jawa
- bawang besar (dadu)
- bawang putih (cincang)

1. Macam biasa tumis la bawang putih tuh dulu pastu masukkan lada kering sampai lah masak ( pecah minyak letup2 camtu )
2. kalau masak lama lada tuh lagi sedap.. masukkan gula
3. kalau kering tambah air lahh.. masukkan bawang besar, garam, asamkeping/ asam jawa
4. biarkan..kering tmbah air tp jgn ler byk sgt..
5. pastu pecahkan semua telur.. besarkan api bagi telur tu masak berketul.. (kalau telo tuh tak berketul sgt jangan kacau2 sebab nanti tak jadi lah)
6. besarkan api untuk telo cepat masak.. kacau2 biarkan berketul2 .. pastu boleh angkat

sedap sangat makan dengan nasi/lempeng/roti buat ala2 sandwich tu.. kalau aku suka rasa dyer manis2 sikit.. hehehe bila post pasal ni pown rase terliur pulakk..nak makan !!

Sunday, 4 October 2015

3 Oct with Love

Throwback semalam dating dengan kesayangan ! KESAYANGAN?? hahaha cakap pasal kesayangan semua org fikir "okeyyy..boyprengg dyer la tu".. haha maaf saya tiada yang haram..hihi. Cukuplah kawan-kawan menjadi kesayangan sebelum adanya habibi yang tercinta. ceh ayat 

Bento dan Kek Coklat untuk kesayangan

Bento. Pepagi kemain haa gigih buat bento untuk jumpa kesayangan nie.. Pastu kebetulan ada buat kek coklat boleh bagi sekali. Alhamdulillah, Thanks sayang sebab belanja kite MB, Marry Brown. Bertambah sedap ada orang belanja.. hehe

Then pegi karok, hahahaha perghh tak sangka Cik Safinah suara sedapp aih.. Biler tgk balik video, cam kelakar sangat suara aku.. lawak je dengar, ciss selama ini ingatkan suare aku sedap.. HAHAHA, 2 jam kot karok..aiyak..haha

Macam biasa, masuk watson mekap free.. Bukan nak beli tapi saja nak try usha2.. haha tu je lahh

Selfie dengan kesayangan saya 

Dear kesayangan Cik Safinah
Aku mungkin bukan kawan terbaik tapi aku harap aku menjadi salah sorang sahabat yang bukan mengheretmu ke neraka.. insyaAllah. Aku tidak lalui apa kau lalui yang membuatkan kamu tersungkur buat seketika tapi aku kagum dengan kau yang terus bangkit lawan rasa sakit. Apa aku doakan moga kau terus tabah, terus cekal , terus bahagia.. Walaupown apa terjadi menyakitkan, tuh semua ujian hidup daripadaNya. Jangan putus harapan atau berasa tak bahgia kerna Family dan kawan2 sentiasa ada. Bersangka baik apa berlaku dan kecapi kebahagian akan datang.. aku pasti ada pengganti segala luka itu. Jom siapkan diri jadi muslimah solehah, anak solehah dan bekalan sebelum menutup mata ~

IloveYou Sahabat 


Saturday, 3 October 2015

#iMasak Yummy Bento ( Lunch Box )

Ramai orang tanya bento tuh ape? nama makanan ke?? Ehhh bukan bukan ! Bento ini adalah lunch box atau bekal (nasi atau ape pown) yang dibawa dan makan di tempat lain. Selalu dalam anime selalu girlprengg bawak bento untuk boyprengg.. ehehe haa bento ni bekal yang disusun cantik je makanan tu dan kdg2 buat dgn karakter kartun/bunga atau byk lagi..

Zaman sekolah, aku dan kawan2 memang suka bawak bento.. masing2 gigih siapkan bento dan makan sesame kat skolah (skola menengah).. bila bento cantik kawan cantik, start memuji.. hehe bukan setakat zmn skolah da, sekarang ni pown kalau ade mase buat jer.

Hari ni hang out ngan besssfriend sekolah menengah. Cik Safinah cadang sgt bawak tapi dyer lak tak bawak.. tak sempat katanya tapi takpe.. n Cik Senah punye bento simple sbb takde bahan, ade telor jer kat rumah.. so tadaaaaa

Bento yang simple

Kek Coklat untuk kesayangan aka bff

Bento yang mcm ni memang sesuai untuk pergi picnic atau bekal di tempat kerja/belajar. Sebabnya selalu bento dibuat ringkas dan cukup nutrisi.. memudahkan untuk makan dan jarang bento jenis ni terlalu basah (dengan kuah sebagainya) .. kalau budak2 yang susah benor nak makan, leh tarik perhatian mereka dengan hiasan yang comel dan boleh bawak ke sekolah..

Today's Bento
- Roti inti telur hancus + sos cili
- Rolled eggs + sawi
- Fish cake rolled eggs
- Love shape cheese
- Anggur
- Keropok lekor

walaupown simple but aku puas hati lah..hehehe sgt memudahkan untuk makan ! Goodluck ~

Thursday, 1 October 2015

#iMasak Resepi Kek Coklat Cik SNH

Kek Coklat senang sangat nak buat.. So bermacam2 resepi ade kat internet ni.,google je terus dapat. Tapi cara aku buat kek coklat sampailah simple.. n mudah nak hafal.. pastu hanya guna resepi boleh dapat Kek Coklat Bakar atau Kek Coklat Kukus.. huhu buat satu aduan, satu bakar satu kukus.. trbaik ! Hanya guna bahan2 yang rasenye ade je kat rumah.. 

Cik Senah's Kek Coklat

2 biji telor
1 cwn gula (klau gune gula pasir, sila blend dlu sng skit)
1 cwn susu ( susu pekat tuh bancuh, ikot manis tekak hang)
1 cwn minyak masak
1 cwn serbuk coklat
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecik baking powder
1 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
sedikit esen vanilla

( * gune cwn yg same saiz )

1. satukan tepung gandum, serbuk coklat, baking powder, soda bikarbonat dlm satu bekas, nak ayak pown boleh ( aku jenis malas nk ayak )
2. pukul ler telor tuh dlm bekas lain lak..kasi kmbang sikit pastu esen vanila then masuk gula.. pkul smpai gebu mulus 
3. sambil pukul ( atau kacau jer ), masuk tetepung ( yg cmpur td ) ke dalam adunan telor sambil selang seli dengan air susu.. 
* kalau hang masuk terus semua tepung, berat la jadi likat gile.. sbb tu selang seli ngan air susu
4. bila dah siap semua tu sebati.. hang p simpan mesin pmukul tuh 
5. masukkan minyak ke dalam adunan dan kacau sebati ( gune senduk ) *mase ni hang jgn panik kalau minyak tu mcm xbercmpur dngan adunan..kau kena kacau lama baru sebati
6. sapu acuan dgn mentega/marjerin/minyak msak.. masuk adunan tuh..
7. boleh kukus atau bakar ( due2 pown leh.. haa ni cambest pasai resepi aku )

Kalau nak bertambah sedap marbelesss , boleh la tambah cip coklat atau badam ke time masuk dalam acuan tuh.. ikot kretiviti sendiri lah!.. Topping kek pown boleh buat, bertmbah sedap.. 


Hajar Kek Coklat

Mase zaman sekolah rendah, akak aku suke benor buat kek ( sampai sekarang kot ) terutama kek coklat.. Aku pown jadi terikut dan zaman menengah senang citer setiap tahun aku akan bawak kek coklat bagi kawan2 makan.. Dulu penah famous dengan tepung yang dah siap untuk kek coklat lah.. so memudahkan sampai kelas memasak ERT form 3 pown buat kek coklat. Macam jadi kebiasaan lak setiap tahun buat bawak ke sekolah..

Sampaikan ade sahabat sekolah menengah ni siap save contact number aku dengan 'Hajar Kek Coklat', mungkin sebab ingatan dyer sal aku penuh kek coklat kot. HAHAHA baguih jugak, akan datang sila lah ingat aku insan yang tembam ni.. 

Masuk zaman poli takde kesempatan nak bawak untuk budak kelas. Dok umah sewa dok hostel takde peralatan nak buat ler.. sampai laaa nie dok rumah bila hbis belajar, seronok kembali aktif buat kek terutama kek coklat.. Hurmm rasa mcm nak nege tapi byk sgt dah org sekarang nege siap nege kek2 yang cambest cm red velvet la.. ag paweeeeer !

InsyaAllah, mudahan akan datang tercapai impian aku nak bukak bakery.. SNH BAKERY ! perghh terbaik.. 

*ni pown baru je lepas buat kek coklat siap dengan topping bagai [ 11.09 pm, 1 Oct 2015 ]

Hahaha flash pulak.. terus snap tanpa fikir angle2 .. adehh

Wednesday, 30 September 2015

Ular !!!

1 Oktober, 12.18 am, tido lewat Cik Senah hari nie.. siapkan bahan untuk buat pamhplet D'nisha Beauty.. adehh !

Time magrib tadi, nak pegi masuk bilik mandi.. tetiba ternampak wane hitam tepi pintu. AllahuAkbar terkejut sangat terus menjerit MAK !! MAK !!.. hitam tadi tu ULAR !!!!!!!!!!!!!!!!!! giler suspen belaka. Terkezut nak keluar jantung den.. Apelagi mak terus pegi tengok dan cuba untuk hiyak hiyak lawan tapi anakanda menghalang. Dah ler sekarang ayah/abang takde kt umah.. so minta ler tlong org bunuhkan.. walaupown tak besar mana, tapi terkjut sangatttt 

Post sal tu kat wechat, ade yg cakap mimpi ke betul? Kalau mimpi, ade orang nak masuk minang lettuw... Hehehe seriously ??! Pasni nak terus tidoq, mana tahu mimpi ular.. esok ade yg masuk minang.. pergh rezeki terbaikk punye ~

Citer sal ular, pengalaman paling trauma sampai laaa nie time naik moto dgn mak.. tunggang moto rilek je la, dari jauh nampak ade ular dok landing tengah jalan.. GIler Besaq bak hang, terus brek mengejut.. lama sikit nasib ular tu lari..Tapi serious besar, boleh telan binatang tuh.. sampai sekarang aku trauma bila naik moto lalu tempat semak samun niee..

Pastu ade jugak time naik kereta, nasib ler Cik Senah drive time tu.. ade ular tedung kot sbb mengembang cmtu tengah jalan gak.. ade brader tunggang moto lalu tepi ular, ular tu cm nak patuk dia.. den tunggu je, kete belakang potong.. haha mungkin dlm hati depa, hek eleh jalan je kan naik kete.. tapi xbrani, kang terlekat kat kereta..turun2 kena patuk..

aishh antara byk binatang lain, Ular la kot antara yg paling ngeri.. 

tido lah, hrp mimpi ular tukar jadi putera raja..miahahaha