Tetaip

Ceciter (5) iMasak (4) Islamik (2) Myself (2) Resepi (2) Activities (1) DiriGua (1) IT (1) Luahan (1) Sahabat (1) Throwback (1) iJahit (1)

Friday, 9 October 2015

Kesakitan itu Kekuatan ?

Bercakap soal CINTA , bagi mereka yang pernah alami mesti tahu keseronokkan bercinta atau dicintai. Dan mungkin ada yang merasai kesakitan kesengsaraan dalam percintaan..

Pepatah arab mengatakan :
"Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya"

Sebab tuh kuasa cinta ini boleh menukarkan sedih menjadi bahagia, marah menjadi reda, suka menjadi sayang dan ada juga gembira menjadi derita.. Tuh NORMAL ! berdasarkan pepatah tuh juga, kuasa cinta memang besar pengaruhnya, bukan pada diri mungkin juga persekitaran atau orang terdekat.

Aku? mungkin pernah terlibat dengan semua tu, seketika jadi hamba cinta yang tak halal. Seronok memang seronok tapi ada juga rasa sakitnya. Aku bersyukur sebab lama aku sedar cinta yang tak halal ni entah sampai ke tidak pengakhiran yg baik tuh, dan aku bersyukur sebab dah putuskan sebelum aku rasa betul2 terpengaruh dgn cinta tu,, Dan aku jadikan semua berlaku tuh satu pengajaran dan takkan aku ulangi lagi. Kalau ingat balik semua tu, rasa bodoh yang amat. Tapi bersangka baik dengan Allah. Semua ade hikmah bahkan ajar aku lebih hati2 dan pilih jalan hanya menuju pada DIA.

Setelah itu, aku dah buka mata tentang cintan cintun ni.. Hanya perhati kawan2 sekeliling sahaja. Ada kawan terluka, mungkin dah putus lepas tu. tup tup terima balik, terlalu lembutnya hati kau sahabat. Entahlah aku pown tak reti nak cakap cuma dari jauh aku harap dia lebih berfikiran matang dan keraskan hati. Dan ada juga sahabat yang sikit lagi gapai kebahagiaan tapi tidak kesampaian. Mungkin semua tertulis dan dirancang baik oleh Allah. Cuma kita sahaja tak mengetahuinya.

Itu semua bagaikan ujian daripadaNya, apa kita boleh buat adalah bersangka baik dan percayalah Allah tu tak kejam biarkan sakit berterusan. Pasti ada kesudahan yang baik. Dan yang paling penting sekali adalah jangan pernah sekali kali lupa kita ada Allah, ibu bapa, keluarga, dan sahabat. Bila kita terpaksa melepaskan sesuatu, jangan pernah lupa apa kita sedia ada.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
 
( Surah Al Baqarah ayat 216 )

Kadang2 apa yang kita lalui itu, buat kita terkenang terindu rindu masa dahulu. Kita tidak dapat menipu diri kita sendiri sebenarnya, kita mungkin boleh kuat dan kental untuk teruskan perjalanan kita. Tapi kesakitan itu tetap ada. Ini BETUL, tapi hati ini milik Allah.. Allah aturkan segalanya, Allah mencipta kita dan hati kita. Jadi kuatlah keranaNya, kamu bersedih hari ini kerana manusia Allah sendiri ciptakan. Jadi jom bangkit dan kuat kerana Allah. Keraskan hati kita dan lupakan segalanya. Ibu Bapa, keluarga dan sahabat2, adakah kita sudah berikan terbaik buat mereka??

Aku seorang manusia yang hanya tahu bercakap sebab aku tak alami semua tu. Tapi bagi aku, apa yang menyakitkan itulah aku tinggalkan. Susah jugak sebenarnya ada hati keras cm aku tapi at least aku terus tabah hati dan takmo ingat kesakitan yg aku alami walaupown tak sedahsyat korang tapi korang boleh ! Percayalah pada diri.. percayalah pada Allah.. Kesakitan tu sikit jer berbanding apa kebahagiaan kita kecapi dalam hidup ni.. Tuh Ujian Allah, maka kita berserah dan tawakallah kepadaNya.

Sekarang, apa berlaku anggaplah satu ujian, satu takdir , satu liku dalam hidup sementara ni, Banyak lagi perkara kita kena usahakan akan datang. Kebahagiaan tuh akan tiba, Allah sebaik2 perancang. Jadikan kisah dulu satu pengajaran dan kesakitan itu kekuatan untuk melangkah jadi lebih baik. Aamiin






Thursday, 8 October 2015

Upacara batal wudu' / air sembahyang.. HAHAHA

Throwback selasa ritu pergi ceramah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.. Ada satu cerita/isu yang buat aku nak tergelak jugak dan cakap 'haah laah !!!!'.. miahahaha



Dalam adab perkahwinan melayu, semua orang tahu pasal akad nikah dan upacara batal wudu' katanya.. Dalam agama Islam, kita digalakkan menjaga air sembahyang atau wudu' kerana banyak fadilat dan baiknya. Tapi dalam adab pulak ada pulak kita sarankan pergi batal wudu', yang lebih kelakar pengantinnya tak ada wudu' pulak ! HAHAHAHA adehh.. macam2 lahh adab ni kadang2 macam tak wajar sebenarnya..

Adab batal air sembahyang/wudu' caranya pergi ditukar namanya kot. Bagi pendapat aku, adab bersalam dan berdoa lepas akad nikah tu baik jer, selagi tidak bercanggah dengan agama Islam kan. Sebab apa diadakan adab ni adalah kerana untuk menunjukkan bahawa bersalaman buat kali pertama kerana Islam melarang lelaki dan perempuan ajnabi bersentuhan kan. Akan tetapi semakin hari berganti generasi, rasanya adab ni still memberi imej tidak baik sebab namanya. so sebab tu bertukar kot.. hehe



Sebaiknya lepas akad nikah, pengantin molek lah sujud syukur dan solat sunat.. InsyaAllah diberkati rumah tangga dan dipermudahkan segalanya. Dan bersalaman serta beri mas kahwin (mahar). Paling baik berdoa kan..

bila saat itu akan dilalui??? hehe persoalan yang masih tidak tahu jawapannya ~